Thursday, 22 September 2011

Bantahan 2842 kali terhadap Ambiga krn Bersih!! dia pun patut didakwa mcm Mat Sabu?


Report aku cuma 1013 saja hampa tangkap, Ambiga 2842 laporan takdak apa pun? ini tak adil.
Kepenatan rakyat yang membuat laporan polis terhadap Mat Sabu telah menampakkan hasilnya apabila didakwa di mahkamah, cuma rakyat menunggu saja keputusan mahkamah yang rata rata berani mengatakan kes itu akan ditangguh dan ditangguh. Kekecewaan Mat Sabu teserlah apabila mengeluh kurang pengikutnya datang. Penyokong pakatan yang hadir di perkarangan mahkamah dalam 56 orang sahaja yang lain lain adalah pemberita, blogger dan orang awam.

Sebanyak 1013 laporan polis dibuat terhadapa Mat Sabu dan ini ternyata jauh beza daripada bantahan yang dibuat kepada Bersih dan Ambiga dulu yang sebanyak 2842 bantahan diterima. Persoalannya bila Ambiga akan didakwa?.

Pengumuman hapus ISA oleh PM menampakkan rata rata pengikut Pakatan mengatakan bahawa ini adalah hasil penat mereka dan PM hanya membaca perutusan sahaja. Ada banyak lagi perkara yang akan dibawa untuk ditukar atau dihapuskan menurut andaian mereka termasuk akta Universiti, SPRM dan lain lain lagi.

Dikalangan penyokong BN pula ada yang kecewa kerana PM mencerminkan sifat lembut dan mengalah, sepatutnya di buat pengumuman itu jika menang PRU 13 nanti. Apa pun pengumuman telah dibuat dan akan dibahas di parlimen cuma kita berdoa agar negara aman dan damai.

Ada juga yang mengatakan bahawa BN dah nampak sangat mengikut telunjuk PR bermula daripada BERSIH, Mat Sabu dan terkini ISA.

PRU 13 tidak lama lagi
Orang BN kata PM buat pengumuman utk menghapuskan ISA setelah fikir masak masak. Ada juga orang BN yang kata "kalau selalu BN mengalah BN akan kalah", takut takut teori R.A.H.M.A.N jadi kenyataan yang mana Najib jadi PM terakhir. Mohon dihindari.


Saturday, 10 September 2011

POLIS BUKIT KEPONG DISERANG KERANA MABUK & BERJUDI???

kaki judi & pemabukkah mereka ini?
a burnt down gambling den?

sungguh kejam .. Al-Fatehah

dan sekarang .... jeng ... jeng ... jeng ... versi 3.0 peristiwa Bukit Kepong.  Anggota Polis di Balai Polis Bukit Kepong pada jam 5 - 10 pagi, 23 Februari 1950, diserang kerana mabuk dan berjudi pada ketika itu kerana menyambut Tahun Baharu Cina!!!

Yang tertulis didalam lipatan sejarah, 100% anggota polis dan home guard yang bertugas di Balai Bukit Kepong adalah berbangsa MELAYU/PRIBUMI dan dimana logiknya terutamanya pada tahun 1950 orang Melayu Islam menyambut tahun baharu cina dan mengikut budaya mabuk dan berjudi.  Logik, tak logik, logik, tak logik ...... lu semua kena pikir sendiri!  Mungkin sekarang ini ramai Melayu yang turut menyambut tahun baharu cina sebab berkawan dengan parti kiasu PAD (terbalik daa) tetapi bukan pada tahun 1950 sebab waktu itu PAD tu belum wujud lagi pun!

 ... dan adakah alasan tersebut boleh diterima akal kerana kah, kah, kah, nak tergelak pulak aku .... kerana adakah cina komunis berperanan sama seperti JAIJ (Jabatan Agama Islam Johor) menyerang dan membunuh orang Islam yang mabuk dan berjudi.  Hebatnya komunis waktu itu, jadi guardian Islam pulak, hebat, hebat!

setakat pengetahuan SidaiSidai yang dangkal ni, komunis ni percayakan tuhan pun tidak, apatah lagi beragama ... sungguh hairan bin ajaib!  Mungkin waktu itu ada Islamist Communist kot, entah-entah Karl_Marx, Mao-Tse Tung dan Stalin pun dikatakan ISLAM!!!  Tapi macam-manapun tuan puan pembaca budiman, kita memang tak boleh salahkan orang pelupa, dan lebih-lebih orang yang antara Proton Waja dan Land Rover pun tak kenal!   Kah, kah, kah kah .....

Sidaisidai cadang Kerajaan BN penuhilah permohonan penduduk di kawasan Bkt Kepong itu yang maukan sebuah muzium Bkt Kepong yang ada kelas disitu walaupun Timbalan Menteri kata dekat RM8 juta. Oops... jangan lupa kat muzium itu gantung gambar Mat Sabu Komunis dan pita rakaman ucapannya yang kata polis yang mati tu Barua British.....ITU BARULAH SEJARAH YANG BENAR.

Friday, 9 September 2011

Mat Sabu buat lapuran Polis di Kepala Batas

Marah Polis gigit anjing
Akhirnya Mat Sabu 121 telah membuat lapuran polis hari ini di Balai Polis Kepala Batas, kononnya dia difitnah dan keselamatan keluarganya diancam simbahan asid. Sepatutnya dia membuat lapuran di Balai Polis Bukit Kepong baru betul ataupun cari balai komunis mana mana.

Oleh kerana Mat Sabu 121 ini pelupa orangnya, pihak polis kena teliti lapurannya takut esok berubah pula. Yang pasti Mat Sabu tak lupa ialah apa pemimpin pemimpin BN kata, apa yang Najib kata dulu, apa yang DrM kata dulu, apa yang Pak Lah kata dulu, yang dia cakap sendiri dia selalu lupa.

Sidaisidai nasihatkan kepada Mat Sabu 121 ini kalau nak dapatkan publisiti dengan media dia kena buat yang luar biasa sikit. Kita ambil cerita anjing, sebab Mat Sabu selalu anggap polis ini Anjing Kerajaan BN.

"Kalau anjing gigit orang itu cerita biasa, Kalau orang gigit anjing agak luar biasa sebab di Filipina depa makan anjing, Tapi kalau berita Mat Sabu gigit anjing itu berita luar biasa, pasti satu dunia akan kenal siapa Mat Sabu"

Thursday, 1 September 2011

Hj Hadi dapat 'hadis' baru sokong Mat Sabu


Mat Sabu berjuang cara Nabi Muhammad s.a.w.???
 Presiden PAS akhirnya dah dapat 'hadis' baru untuk pertahankan Mat Sabu.

Dalam ceramah aidilfitri di Masjid Rusila,Terengganu kelmarin, Hj Hadi telah berkata bahawa;

"Dunia hari ini akan menghukum Nabi Muhammad s.a.w adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanah air kerana nabi telah menyerang bangsanya sendiri ditanah airnya sendiri, tidak, tidak sekali kali kerana bangsanya menganut agama jahiliah, ajaran syaitan yang meninggalkan syariat Allah SWT."

Dalam ertikata lain, apa yang dilakukan oleh Mat Sabu adalah sama macam yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan bangsa Melayu yang lawan komunis itu adalah seperti orang jahiliah zaman nabi dulu.
Sidaisidai kata- Hj Hadi dah dapat Hadis pertahan Mat Sabu, Nik Aziz pula sedang duk tercari cari hadis tak dapat dapat lagi.

Tuesday, 30 August 2011

PSSGM kecam Mat Sabu


Dato Adiwijaya -Yg Di Pertua PSSGM
Apa kata Presiden Silat Seni Gayong?
Pertubuhan Sila Seni Gayong akan pastikan kemerdekaan yang tercapai dipertahankan walau dengan apa cara sekali pun.
Yang Di Pertua PSSGM Dato Adiwijaya semalam dalam wawancara dengan TV9 ternyata cukup marah dengan kenyataan M.Sabu Timbalan Presiden PAS yang mengatakan bahawa komunis yang membunuh polis bukit kepong itu sepatutnya digelar pejuang kemerdekaan . Beliau berikrar akan mengikuti dengan lebih dekat pergerakkan M.Sabu ini dan telah mengarahkan anak anak Gayong seluruh negara untuk memantau tindak tanduk M.Sabu yang dianggapnya 'Nyanyuk' dan musuh dari dalam yang akan membunuh orang orang Melayu sendiri.




SIDAISIDAI kata kalau dah landrover polis dia nampak serupa Proton Waja, komunis bunuh polis itu wira, maka sahlah Mat Sabu ini penagih dadah. Perangai lama kat stesen bas Bukit Mertajam duk terbawa bawa lagi. Setiap kali nak ceramah pikena air daun ketum, bukan setakat air ketum, pucuk ketum pun dia telan habih.

Nampak nampak kalau lagu ni punya gaya , Abu Jahal pun Mat Sabu akan kata hero sebenar semasa zaman kebangkitan islam dulu.

Wednesday, 24 August 2011

Komunis Bkt Kepong sebenarnya Pejuang Kemerdekaan.

Komunis ketawa

Dalam program ceramah politik PAS di Padang Menora PPinang mencetuskan reaksi penonton yang terpinga pinga apabila Mat Sabu berkata bahawa;

"Komunis yang menyerang polis di Bukit Kepong dulu sebenarnya adalah pejuang Kemerdekaan"

Satu penghinaan kepada anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban dalam peristiwa itu, kalau komunis itu pahlawan jadi seluruh anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban itu adalah pengkhianat negara?
Mat Sabu memang penganut Syiah yang prokomunis dan bakal mencatat nama dalam sejarah sebagai seorang melayu yang memperkecilkan perjuangan bangsanya sendiri.

Memang betul kata Hj Hadi bahawa PAS diterajui oleh ulama dalam segala bidang. Tidak terkecuali Mat Sabu lulusan Maktab Adabi Bukit Mertajam yang mahir dalam bidang pemberi gelaran. Dia gelar Anwar Al Juburi, Dr M Firaun, Najib Altantuya dan terkini Komunis itu perwira.

Memberi gelaran yang buruk tidak berdosa dalam Islam PAS. Selagi gelaran itu disebut selagi itu Mat Sabu akan diberi pahala.


Sunday, 21 August 2011

Bulu kening Anwar Ambiga Aziz - SAMA




Kening Senyum Duit Banyak

Kening Ghaplah
Kening Sokong Karpal Singh


Bulu kening bertemu di tengah
* suke amik pusing hal remeh.
* selalu kecik hati dan emosional.
* kuat berfikir sampai kepala tak boleh nak rest.
* kuat jeles.
* perlukan seseorang yang selalu bagi semangat dan kongsi masalah.
* suke membantah

Bulu kening tidak teratur dan liar -
* cepat terburu-buru
* kurang berhemah
* cepat terlibat dalam pertengkaran sebab selalu campur tangan
* banyak main2 sampai umur mencecah 30-an. selepas itu, pandai mengatur diri dan akhirnye berjaya.

Bulu kening lurus -
* gagah
* suke berdebat

Bulu kening melengkung -
* jenis pak lawak

Bulu kening tipis -
* tahap konfiden yang rendah
* tak percaye dengan kebolehan sendiri
* kurang berminat terhadap seks

Bulu kening tebal -
* orang yang advanture dan suke mengembara
* susah nak setia pada yang satu
* banyak berceloteh
* hepi go lucky