Saturday 29 October 2011

Hj Hadi Pakar Lelong dan Tebus


Mula2 nak Lelong PAStu nak Tawan PAStu nak buat pejabat selesai tanah.
 Di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru hari ini presiden PAS Hj Hadi Awang dalam konvensyen tanah dan perumahan telah berikrar dan berjanji jika PAS memerintah mereka akan selesaikan segala masalah milik tanah rakyat.
Yang pertama harus diingat bahawa janji ditabur itu memang tidak berasas kerana PAS mustahil akan memerintah. PAS tinggi tinggi akan bertanding 60 kerusi parlimen. Kalau menang semua pun tak boleh perintah. Nak harapkan DAP bantu untuk selesaikan memang boleh tapi DAP kena ada panggu. Macam di Pulau Pinang habis orang melayu di halau keluar daripada negeri kerana galakkan projek projek mega yang tidak mampu dibeli oleh orang melayu, dah tu Guan Eng dalam buletin mutiara yang dimasukkan ke peti2 surat di taman2 dan surau mengatakan kerajaan negeri telah bina lebih 11,000 rumah murah tapi tak beritahu lokasi. Apabila lapuran audit keluar rupa2nya satu pun tak bina. Pembohong besar.

Hj Hadi yang dulu nak lelong Putrajaya lepas itu nak tawan Putrajaya dan sekarang dah tukar angin tak jadi lelong tapi nak jadikan pusat selesaikan hak milik tanah yang bermasalah. Hal tanah semua orang tahu kerja kerajaan negeri dan tidak ada kena mengena dengan Putrajaya. Masa dia jadi MB dulu pun bertimbun timbun masalah tanah yang tak selesai.

Kategori bakal2 menteri PAS kalau mengikut kepakaran masing2 agaknya seperti berikut,

Pakar Kaji Purba PAS adalah Mat Sabu kaki lepak di Stesen Bas Bkt Mertajam
Pakar Ekonomi PAS adalah Mahfuz yang berkelulusan sarjana ekonomi POS
Pakar Lelong dan Tebus PAS adalah Hj Hadi Awang

Thursday 13 October 2011

KOMTAR Penang diserang Biawak

Pi lah masuk bilik Guan Eng sama sama lidah cabang...
Kawan aku Tok Jen yang berada di KOMTAR kelmarin sms cerita bahawa terdapat beberapa ekor biawak hidup berlari kesana kemari di dalam bangunan KOMTAR penang pagi kelmarin dan menyebabkan orang ramai bertempiaran lari. Pihak bomba tidak dibenarkan masuk untuk menangkap biawak biawak itu dan tugas diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam dan pihak keselamatan KOMTAR yang akhir berjaya menangkap biawak biawak itu dalam jam 9 pagi.

Apa yang menarik ialah Setiausaha Sulit Lim Guan Eng telah memaklumkan kepada Jabatan Pertahanan Awam dan pihak keselamatan KOMTAR agar tidak menghebohkan perkara itu kepada media kerana malu bangunan yang mana terdapat pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang diserang biawak.

Setiausaha Sulit Lim Guan Eng juga memaklumkan agar berhati hati kerana terdapat sebaran sms memaklumkan bahawa bekas penduduk Kg Buah Pala akan melepaskan biawak, ular dan tikus kedalam bangunan KOMTAR dalam sehari dua ini.

BANYAK TERTANYA TANYA MACAMANA  BIAWAK BIAWAK INI BOLEH NAIK KE TINGKAT DUA BANGUNAN KOMTAR, NAIK TANGGA KAH ATAU LIF KAH. SIDAISIDAI KATA MESTI ADA YANG DUKUNG BIAWAK INI NAIK ATAS.