Saturday 26 November 2011

Qaswa Auto kedai Azmin Ali akan diGEGAR

Takut orang gegar kedai kamu ini..

Soalannya
Di mana kamu wahai Azmin Ali masa era 1998-99 dulu, semasa Anwar dipecat dari UMNO ketika itu?
Tahukah kamu wahai Azmin Ali siapa yang cadang ditubuhkan parti Keadilan ini?
Macam manakah asal usul sebutan 'REFORMASI' yang kamu laung laungkan hari ini?
Siapa dulu yang pertahankan dan Gegar PWTC, Polis bila Anwar dipecat?


Jawapannya
Kamu tak tahu apa2 kerana masa itu kamu kecut, KAMU SEMBUNYI DAN JAGA BISNES KERETA KAMU ?, QASWA AUTO nama Syarikat Kamu yang kamu suruh orang lain jalankan sekarang.


Semua orang tahu Anwar beri banyak duit kepada dia dan isterinya melalui 'Pink Form' dulu, yang tahu cerita Azmin masa itu adalah Sdr Ezam. Apabila Azmin berkata akan gegarkan penjara yang akan penjarakan Anwar merupakan satu kenyataan yang lucu sekali dan ada diantara rakan rakannya mengatakan bahawa si Azmin ini memang penakut dan tidak seberani Ezam dulu dan banyak merasakan bahawa Azmin tahu Anwar memang kaki temberang dan pasti akan masuk penjara.

Azmin Ali tak payah susah susah nak gegar penjara bila Anwar kena penjara, kerana itu dah terlambat, sebaiknya sekarang jika Azmin Ali dan para mujahidnya betul betul berani, mereka patut dah berarak ramai ramai pergi robohkan penjara yang bakal menempatkan Anwar kerana itu lebih proaktif?

Anwar bohong 16 Sept. Azmin 3 x bohong nak roboh penjara. Ingat duduk dalam hutan ka tak ada undang2. Bodoh Sombong punya orang.

Saturday 19 November 2011

Nik Aziz berjiwa rakyat?

Nik Aziz dikategorikan sebagai Tok Guru berjiwa rakyat kerana alasan menggunakan pen berharga 20 sen dan berumah papan.  Pengikut2 PAS diperingkat bawahan apabila bercakap mengenai Nik Aziz, digambarkan beliau sebagai pemimpin yang tidak peduli harta keduniaan lagi walaupun kereta mercedes menunggu beliau dimana saja, walaupun dah banyak kali pergi haji masih nak pergi dgn bantuan kontraktor walhal banyak tokguru2 yang tdk mampu menunaikan haji yang patut dibantu.

Apakah Nik Aziz rakyat biasa?
Kalau orang kampung hendak ke hutan mereka tidak akan pakai kasut getah tinggi dan berjubah putih yang akan cepat kotor seperti yang sering dipakai oleh Nik Aziz, mereka akan pakai baju yang agak buruk dan berkasut biasa.
Apakah NikAziz merasakan bahawa dirinya sudah sedikit 'bangsawan' tapi disebalik itu cuba menunjuk nunjuk kepada rakyat bahawa dia berjiwa rakyat. contoh seperti mengambil air sembahyang tepi sungai, seliparnya hilang dia berjenaka yang ada orang curi selipar wali, menunjuk nunjuk guna pen harga 30 sen, jalankan urusan di rumah papan dan lllagi.


HUDUD jadi bahan lawak jenaka DAP kerana Nik Aziz?
Yang paling sedih apabila hukum hudud dipermainkan oleh bangsa asing apabila dibangkitkan oleh Nik Aziz. Nik Aziz memang tidak berani dalam melaksanakan hukum hudud apatah lagi mempertahankannya. Akhbar2 cina dengan bangga minggu lepas umumkan 'Anwar janji hukum hudud tidak akan dilaksanakan" selepas Anwar jumpa NGO2 Cina.
Apa NikAziz atau Hadi Awang jawab????? INI ADALAH POLITIK. Politik sama macam berperang, jadi dalam politik kita dibolehkan berbohong.
Ostat Mat Sabu lagi cekap, dia bolehkan maki hamun dan fitnah sekali.

Wednesday 9 November 2011

Ketuanan Melayu diganti Ketuanan DAP

DAP nak jadi tuan kepada Melayu
DAP memang cukup konsisten dalam perjuangan untuk bangsa mereka. Terkini pada 9/11/2011 di Kelab Cina Selangor (KLSCH) Lim Kit Siang telah melancarkan buku "Dap akan pertahankan hak pendidikan cina". DAP yang berhasrat memperjuangkan Malaysia Malaysian tetapi dalam masa yang sama ingin pertahankan sekolah sekolah aliran cina yang memang diketahui menjadi pusat latihan membenci kerajaan dan orang melayu.

Tidak seperti PAS dan PKR yang lebih utamakan agenda politik suku sakat daripada mempertahankan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Tindak tanduk PAS dan PKR sebegini telah memberi ruang yang lebih terbuka dalam 'VISI' DAP untuk menjadi parti yang dominan di Malaysia.

Bukan hanya dalam soal pendidikan aliran cina dipertahankan, mereka naik selangkah lagi apabila bercadang untuk mengurangkan kakitangan awam yang 77% drpdnya adalah berbangsa melayu.

Sekarang DAP adalah Tuan kepada melayu PAS dan melayu PKR dan berhasrat pula untuk menjadi Tuan kepada kakitangan dlm sektor swasta.

Slogan Pakatan Rakyat " Buang Ketuanan Melayu ganti dengan Ketuanan DAP".