Tuesday 16 August 2011

Ibrahim Libya Tertipu

Korban Memali


Dulu PAS dianggap parti yang memperjuangkan Islam tetapi bila ikut arah tuju DAP maka PAS kini tinggal nama saja.
Peristiwa Memali 19/11/1985, kisah Ibrahim Libya dengan 14 pengikutnya dan 4 orang anggota polis yang turut terkorban dalam peristiwa itu amat menyedihkan, masa itu kerajaan BN dituduh KAFIR kerana tolak Hudud dan bekerjasama dengan Kafir MCA, MIC.

Atas Fatwa Hj Hadi pengikut pengikut bawahan sanggup korbankan nyawa atas alasan Syahid.


"JIKA seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid".
Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.

Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Memali pada tahun 1985, adalah kesan yang dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.
Bayangkan jika Ibrahim Libya masih hidup dan melihat arah 'Islam' yang dibawa oleh PAS hari ini?
Bayangkan jika Ibrahim Libya masih hidup dan melihat ada pemimpin PAS yang sanggup mati untuk pertahankan Karpal Singh?

No comments:

Post a Comment