Wednesday 24 August 2011

Komunis Bkt Kepong sebenarnya Pejuang Kemerdekaan.

Komunis ketawa

Dalam program ceramah politik PAS di Padang Menora PPinang mencetuskan reaksi penonton yang terpinga pinga apabila Mat Sabu berkata bahawa;

"Komunis yang menyerang polis di Bukit Kepong dulu sebenarnya adalah pejuang Kemerdekaan"

Satu penghinaan kepada anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban dalam peristiwa itu, kalau komunis itu pahlawan jadi seluruh anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban itu adalah pengkhianat negara?
Mat Sabu memang penganut Syiah yang prokomunis dan bakal mencatat nama dalam sejarah sebagai seorang melayu yang memperkecilkan perjuangan bangsanya sendiri.

Memang betul kata Hj Hadi bahawa PAS diterajui oleh ulama dalam segala bidang. Tidak terkecuali Mat Sabu lulusan Maktab Adabi Bukit Mertajam yang mahir dalam bidang pemberi gelaran. Dia gelar Anwar Al Juburi, Dr M Firaun, Najib Altantuya dan terkini Komunis itu perwira.

Memberi gelaran yang buruk tidak berdosa dalam Islam PAS. Selagi gelaran itu disebut selagi itu Mat Sabu akan diberi pahala.


No comments:

Post a Comment