Thursday 22 September 2011

Bantahan 2842 kali terhadap Ambiga krn Bersih!! dia pun patut didakwa mcm Mat Sabu?


Report aku cuma 1013 saja hampa tangkap, Ambiga 2842 laporan takdak apa pun? ini tak adil.
Kepenatan rakyat yang membuat laporan polis terhadap Mat Sabu telah menampakkan hasilnya apabila didakwa di mahkamah, cuma rakyat menunggu saja keputusan mahkamah yang rata rata berani mengatakan kes itu akan ditangguh dan ditangguh. Kekecewaan Mat Sabu teserlah apabila mengeluh kurang pengikutnya datang. Penyokong pakatan yang hadir di perkarangan mahkamah dalam 56 orang sahaja yang lain lain adalah pemberita, blogger dan orang awam.

Sebanyak 1013 laporan polis dibuat terhadapa Mat Sabu dan ini ternyata jauh beza daripada bantahan yang dibuat kepada Bersih dan Ambiga dulu yang sebanyak 2842 bantahan diterima. Persoalannya bila Ambiga akan didakwa?.

Pengumuman hapus ISA oleh PM menampakkan rata rata pengikut Pakatan mengatakan bahawa ini adalah hasil penat mereka dan PM hanya membaca perutusan sahaja. Ada banyak lagi perkara yang akan dibawa untuk ditukar atau dihapuskan menurut andaian mereka termasuk akta Universiti, SPRM dan lain lain lagi.

Dikalangan penyokong BN pula ada yang kecewa kerana PM mencerminkan sifat lembut dan mengalah, sepatutnya di buat pengumuman itu jika menang PRU 13 nanti. Apa pun pengumuman telah dibuat dan akan dibahas di parlimen cuma kita berdoa agar negara aman dan damai.

Ada juga yang mengatakan bahawa BN dah nampak sangat mengikut telunjuk PR bermula daripada BERSIH, Mat Sabu dan terkini ISA.

PRU 13 tidak lama lagi
Orang BN kata PM buat pengumuman utk menghapuskan ISA setelah fikir masak masak. Ada juga orang BN yang kata "kalau selalu BN mengalah BN akan kalah", takut takut teori R.A.H.M.A.N jadi kenyataan yang mana Najib jadi PM terakhir. Mohon dihindari.


Saturday 10 September 2011

POLIS BUKIT KEPONG DISERANG KERANA MABUK & BERJUDI???

kaki judi & pemabukkah mereka ini?
a burnt down gambling den?

sungguh kejam .. Al-Fatehah

dan sekarang .... jeng ... jeng ... jeng ... versi 3.0 peristiwa Bukit Kepong.  Anggota Polis di Balai Polis Bukit Kepong pada jam 5 - 10 pagi, 23 Februari 1950, diserang kerana mabuk dan berjudi pada ketika itu kerana menyambut Tahun Baharu Cina!!!

Yang tertulis didalam lipatan sejarah, 100% anggota polis dan home guard yang bertugas di Balai Bukit Kepong adalah berbangsa MELAYU/PRIBUMI dan dimana logiknya terutamanya pada tahun 1950 orang Melayu Islam menyambut tahun baharu cina dan mengikut budaya mabuk dan berjudi.  Logik, tak logik, logik, tak logik ...... lu semua kena pikir sendiri!  Mungkin sekarang ini ramai Melayu yang turut menyambut tahun baharu cina sebab berkawan dengan parti kiasu PAD (terbalik daa) tetapi bukan pada tahun 1950 sebab waktu itu PAD tu belum wujud lagi pun!

 ... dan adakah alasan tersebut boleh diterima akal kerana kah, kah, kah, nak tergelak pulak aku .... kerana adakah cina komunis berperanan sama seperti JAIJ (Jabatan Agama Islam Johor) menyerang dan membunuh orang Islam yang mabuk dan berjudi.  Hebatnya komunis waktu itu, jadi guardian Islam pulak, hebat, hebat!

setakat pengetahuan SidaiSidai yang dangkal ni, komunis ni percayakan tuhan pun tidak, apatah lagi beragama ... sungguh hairan bin ajaib!  Mungkin waktu itu ada Islamist Communist kot, entah-entah Karl_Marx, Mao-Tse Tung dan Stalin pun dikatakan ISLAM!!!  Tapi macam-manapun tuan puan pembaca budiman, kita memang tak boleh salahkan orang pelupa, dan lebih-lebih orang yang antara Proton Waja dan Land Rover pun tak kenal!   Kah, kah, kah kah .....

Sidaisidai cadang Kerajaan BN penuhilah permohonan penduduk di kawasan Bkt Kepong itu yang maukan sebuah muzium Bkt Kepong yang ada kelas disitu walaupun Timbalan Menteri kata dekat RM8 juta. Oops... jangan lupa kat muzium itu gantung gambar Mat Sabu Komunis dan pita rakaman ucapannya yang kata polis yang mati tu Barua British.....ITU BARULAH SEJARAH YANG BENAR.

Friday 9 September 2011

Mat Sabu buat lapuran Polis di Kepala Batas

Marah Polis gigit anjing
Akhirnya Mat Sabu 121 telah membuat lapuran polis hari ini di Balai Polis Kepala Batas, kononnya dia difitnah dan keselamatan keluarganya diancam simbahan asid. Sepatutnya dia membuat lapuran di Balai Polis Bukit Kepong baru betul ataupun cari balai komunis mana mana.

Oleh kerana Mat Sabu 121 ini pelupa orangnya, pihak polis kena teliti lapurannya takut esok berubah pula. Yang pasti Mat Sabu tak lupa ialah apa pemimpin pemimpin BN kata, apa yang Najib kata dulu, apa yang DrM kata dulu, apa yang Pak Lah kata dulu, yang dia cakap sendiri dia selalu lupa.

Sidaisidai nasihatkan kepada Mat Sabu 121 ini kalau nak dapatkan publisiti dengan media dia kena buat yang luar biasa sikit. Kita ambil cerita anjing, sebab Mat Sabu selalu anggap polis ini Anjing Kerajaan BN.

"Kalau anjing gigit orang itu cerita biasa, Kalau orang gigit anjing agak luar biasa sebab di Filipina depa makan anjing, Tapi kalau berita Mat Sabu gigit anjing itu berita luar biasa, pasti satu dunia akan kenal siapa Mat Sabu"

Thursday 1 September 2011

Hj Hadi dapat 'hadis' baru sokong Mat Sabu


Mat Sabu berjuang cara Nabi Muhammad s.a.w.???
 Presiden PAS akhirnya dah dapat 'hadis' baru untuk pertahankan Mat Sabu.

Dalam ceramah aidilfitri di Masjid Rusila,Terengganu kelmarin, Hj Hadi telah berkata bahawa;

"Dunia hari ini akan menghukum Nabi Muhammad s.a.w adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanah air kerana nabi telah menyerang bangsanya sendiri ditanah airnya sendiri, tidak, tidak sekali kali kerana bangsanya menganut agama jahiliah, ajaran syaitan yang meninggalkan syariat Allah SWT."

Dalam ertikata lain, apa yang dilakukan oleh Mat Sabu adalah sama macam yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan bangsa Melayu yang lawan komunis itu adalah seperti orang jahiliah zaman nabi dulu.
Sidaisidai kata- Hj Hadi dah dapat Hadis pertahan Mat Sabu, Nik Aziz pula sedang duk tercari cari hadis tak dapat dapat lagi.