Friday 9 September 2011

Mat Sabu buat lapuran Polis di Kepala Batas

Marah Polis gigit anjing
Akhirnya Mat Sabu 121 telah membuat lapuran polis hari ini di Balai Polis Kepala Batas, kononnya dia difitnah dan keselamatan keluarganya diancam simbahan asid. Sepatutnya dia membuat lapuran di Balai Polis Bukit Kepong baru betul ataupun cari balai komunis mana mana.

Oleh kerana Mat Sabu 121 ini pelupa orangnya, pihak polis kena teliti lapurannya takut esok berubah pula. Yang pasti Mat Sabu tak lupa ialah apa pemimpin pemimpin BN kata, apa yang Najib kata dulu, apa yang DrM kata dulu, apa yang Pak Lah kata dulu, yang dia cakap sendiri dia selalu lupa.

Sidaisidai nasihatkan kepada Mat Sabu 121 ini kalau nak dapatkan publisiti dengan media dia kena buat yang luar biasa sikit. Kita ambil cerita anjing, sebab Mat Sabu selalu anggap polis ini Anjing Kerajaan BN.

"Kalau anjing gigit orang itu cerita biasa, Kalau orang gigit anjing agak luar biasa sebab di Filipina depa makan anjing, Tapi kalau berita Mat Sabu gigit anjing itu berita luar biasa, pasti satu dunia akan kenal siapa Mat Sabu"

No comments:

Post a Comment