Thursday 22 September 2011

Bantahan 2842 kali terhadap Ambiga krn Bersih!! dia pun patut didakwa mcm Mat Sabu?


Report aku cuma 1013 saja hampa tangkap, Ambiga 2842 laporan takdak apa pun? ini tak adil.
Kepenatan rakyat yang membuat laporan polis terhadap Mat Sabu telah menampakkan hasilnya apabila didakwa di mahkamah, cuma rakyat menunggu saja keputusan mahkamah yang rata rata berani mengatakan kes itu akan ditangguh dan ditangguh. Kekecewaan Mat Sabu teserlah apabila mengeluh kurang pengikutnya datang. Penyokong pakatan yang hadir di perkarangan mahkamah dalam 56 orang sahaja yang lain lain adalah pemberita, blogger dan orang awam.

Sebanyak 1013 laporan polis dibuat terhadapa Mat Sabu dan ini ternyata jauh beza daripada bantahan yang dibuat kepada Bersih dan Ambiga dulu yang sebanyak 2842 bantahan diterima. Persoalannya bila Ambiga akan didakwa?.

Pengumuman hapus ISA oleh PM menampakkan rata rata pengikut Pakatan mengatakan bahawa ini adalah hasil penat mereka dan PM hanya membaca perutusan sahaja. Ada banyak lagi perkara yang akan dibawa untuk ditukar atau dihapuskan menurut andaian mereka termasuk akta Universiti, SPRM dan lain lain lagi.

Dikalangan penyokong BN pula ada yang kecewa kerana PM mencerminkan sifat lembut dan mengalah, sepatutnya di buat pengumuman itu jika menang PRU 13 nanti. Apa pun pengumuman telah dibuat dan akan dibahas di parlimen cuma kita berdoa agar negara aman dan damai.

Ada juga yang mengatakan bahawa BN dah nampak sangat mengikut telunjuk PR bermula daripada BERSIH, Mat Sabu dan terkini ISA.

PRU 13 tidak lama lagi
Orang BN kata PM buat pengumuman utk menghapuskan ISA setelah fikir masak masak. Ada juga orang BN yang kata "kalau selalu BN mengalah BN akan kalah", takut takut teori R.A.H.M.A.N jadi kenyataan yang mana Najib jadi PM terakhir. Mohon dihindari.


No comments:

Post a Comment