Thursday 13 October 2011

KOMTAR Penang diserang Biawak

Pi lah masuk bilik Guan Eng sama sama lidah cabang...
Kawan aku Tok Jen yang berada di KOMTAR kelmarin sms cerita bahawa terdapat beberapa ekor biawak hidup berlari kesana kemari di dalam bangunan KOMTAR penang pagi kelmarin dan menyebabkan orang ramai bertempiaran lari. Pihak bomba tidak dibenarkan masuk untuk menangkap biawak biawak itu dan tugas diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam dan pihak keselamatan KOMTAR yang akhir berjaya menangkap biawak biawak itu dalam jam 9 pagi.

Apa yang menarik ialah Setiausaha Sulit Lim Guan Eng telah memaklumkan kepada Jabatan Pertahanan Awam dan pihak keselamatan KOMTAR agar tidak menghebohkan perkara itu kepada media kerana malu bangunan yang mana terdapat pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang diserang biawak.

Setiausaha Sulit Lim Guan Eng juga memaklumkan agar berhati hati kerana terdapat sebaran sms memaklumkan bahawa bekas penduduk Kg Buah Pala akan melepaskan biawak, ular dan tikus kedalam bangunan KOMTAR dalam sehari dua ini.

BANYAK TERTANYA TANYA MACAMANA  BIAWAK BIAWAK INI BOLEH NAIK KE TINGKAT DUA BANGUNAN KOMTAR, NAIK TANGGA KAH ATAU LIF KAH. SIDAISIDAI KATA MESTI ADA YANG DUKUNG BIAWAK INI NAIK ATAS.

No comments:

Post a Comment