Report aku cuma 1013 saja hampa tangkap, Ambiga 2842 laporan takdak apa pun? ini tak adil. |
Sebanyak 1013 laporan polis dibuat terhadapa Mat Sabu dan ini ternyata jauh beza daripada bantahan yang dibuat kepada Bersih dan Ambiga dulu yang sebanyak 2842 bantahan diterima. Persoalannya bila Ambiga akan didakwa?.
Pengumuman hapus ISA oleh PM menampakkan rata rata pengikut Pakatan mengatakan bahawa ini adalah hasil penat mereka dan PM hanya membaca perutusan sahaja. Ada banyak lagi perkara yang akan dibawa untuk ditukar atau dihapuskan menurut andaian mereka termasuk akta Universiti, SPRM dan lain lain lagi.
Dikalangan penyokong BN pula ada yang kecewa kerana PM mencerminkan sifat lembut dan mengalah, sepatutnya di buat pengumuman itu jika menang PRU 13 nanti. Apa pun pengumuman telah dibuat dan akan dibahas di parlimen cuma kita berdoa agar negara aman dan damai.
Ada juga yang mengatakan bahawa BN dah nampak sangat mengikut telunjuk PR bermula daripada BERSIH, Mat Sabu dan terkini ISA.
PRU 13 tidak lama lagi
Orang BN kata PM buat pengumuman utk menghapuskan ISA setelah fikir masak masak. Ada juga orang BN yang kata "kalau selalu BN mengalah BN akan kalah", takut takut teori R.A.H.M.A.N jadi kenyataan yang mana Najib jadi PM terakhir. Mohon dihindari.