Tuesday, 30 August 2011

PSSGM kecam Mat Sabu


Dato Adiwijaya -Yg Di Pertua PSSGM
Apa kata Presiden Silat Seni Gayong?
Pertubuhan Sila Seni Gayong akan pastikan kemerdekaan yang tercapai dipertahankan walau dengan apa cara sekali pun.
Yang Di Pertua PSSGM Dato Adiwijaya semalam dalam wawancara dengan TV9 ternyata cukup marah dengan kenyataan M.Sabu Timbalan Presiden PAS yang mengatakan bahawa komunis yang membunuh polis bukit kepong itu sepatutnya digelar pejuang kemerdekaan . Beliau berikrar akan mengikuti dengan lebih dekat pergerakkan M.Sabu ini dan telah mengarahkan anak anak Gayong seluruh negara untuk memantau tindak tanduk M.Sabu yang dianggapnya 'Nyanyuk' dan musuh dari dalam yang akan membunuh orang orang Melayu sendiri.




SIDAISIDAI kata kalau dah landrover polis dia nampak serupa Proton Waja, komunis bunuh polis itu wira, maka sahlah Mat Sabu ini penagih dadah. Perangai lama kat stesen bas Bukit Mertajam duk terbawa bawa lagi. Setiap kali nak ceramah pikena air daun ketum, bukan setakat air ketum, pucuk ketum pun dia telan habih.

Nampak nampak kalau lagu ni punya gaya , Abu Jahal pun Mat Sabu akan kata hero sebenar semasa zaman kebangkitan islam dulu.

Wednesday, 24 August 2011

Komunis Bkt Kepong sebenarnya Pejuang Kemerdekaan.

Komunis ketawa

Dalam program ceramah politik PAS di Padang Menora PPinang mencetuskan reaksi penonton yang terpinga pinga apabila Mat Sabu berkata bahawa;

"Komunis yang menyerang polis di Bukit Kepong dulu sebenarnya adalah pejuang Kemerdekaan"

Satu penghinaan kepada anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban dalam peristiwa itu, kalau komunis itu pahlawan jadi seluruh anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban itu adalah pengkhianat negara?
Mat Sabu memang penganut Syiah yang prokomunis dan bakal mencatat nama dalam sejarah sebagai seorang melayu yang memperkecilkan perjuangan bangsanya sendiri.

Memang betul kata Hj Hadi bahawa PAS diterajui oleh ulama dalam segala bidang. Tidak terkecuali Mat Sabu lulusan Maktab Adabi Bukit Mertajam yang mahir dalam bidang pemberi gelaran. Dia gelar Anwar Al Juburi, Dr M Firaun, Najib Altantuya dan terkini Komunis itu perwira.

Memberi gelaran yang buruk tidak berdosa dalam Islam PAS. Selagi gelaran itu disebut selagi itu Mat Sabu akan diberi pahala.


Sunday, 21 August 2011

Bulu kening Anwar Ambiga Aziz - SAMA




Kening Senyum Duit Banyak

Kening Ghaplah
Kening Sokong Karpal Singh


Bulu kening bertemu di tengah
* suke amik pusing hal remeh.
* selalu kecik hati dan emosional.
* kuat berfikir sampai kepala tak boleh nak rest.
* kuat jeles.
* perlukan seseorang yang selalu bagi semangat dan kongsi masalah.
* suke membantah

Bulu kening tidak teratur dan liar -
* cepat terburu-buru
* kurang berhemah
* cepat terlibat dalam pertengkaran sebab selalu campur tangan
* banyak main2 sampai umur mencecah 30-an. selepas itu, pandai mengatur diri dan akhirnye berjaya.

Bulu kening lurus -
* gagah
* suke berdebat

Bulu kening melengkung -
* jenis pak lawak

Bulu kening tipis -
* tahap konfiden yang rendah
* tak percaye dengan kebolehan sendiri
* kurang berminat terhadap seks

Bulu kening tebal -
* orang yang advanture dan suke mengembara
* susah nak setia pada yang satu
* banyak berceloteh
* hepi go lucky

Friday, 19 August 2011

Facebook Kristian Agama Rasmi akan muncul !!


Facebook Guan Eng jadi PM
 Sikap rakyat bukan islam yang mengaku menjadi rakyat Malaysia tapi tidak mahu mengikut undang undang negara dan tidak menghormati sensitiviti umat islam perlu di perangi habis habisan.
PAS sudah abaikan islam kerana mahukan kuasa politik.
UMNO pula setakat 'kita beri amaran tindakan tegas akan diambil'.
PKR pula dalam mesyuarat nak cakap pasal islam pun tak boleh sebab parti semua bangsa.
Jadi yang tak berparti lah yang harus berjuang nampaknya.

Pernah terjadi
AJK Masjid Sg Rambai Bkt Mertajam Pulau Pinang terkejut apabila pihak polis datang ke masjid dan menyarankan agar Takbir di Malam Raya tidak menggunakan speaker. Malam Raya adalah malam yang umat islam selalu menyelesaikan bayaran Fitrah, jadi apabila masih terdengar takbir hari raya mereka akan faham bahawa mereka boleh ke masjid itu utk membayar Fitrah.

Tahun ini pula
Dah mula dibuat gesaan agar Azan dan bacaan Quran tidak menggunakan pembesar suara, ada yang semakin berani dah mula cuba buat pungutan suara pula dalam Facebook 'apa kata Guan Eng jadi Perdana Menteri'.

Lepas ini
Pasti ada Facebook pungutan suara untuk jadikan Agama Kristian sebagai Agama Rasmi Malaysia ke Dua.


Kalau Selalu Mengalah Kita Akan Kalah.


Tuesday, 16 August 2011

Ibrahim Libya Tertipu

Korban Memali


Dulu PAS dianggap parti yang memperjuangkan Islam tetapi bila ikut arah tuju DAP maka PAS kini tinggal nama saja.
Peristiwa Memali 19/11/1985, kisah Ibrahim Libya dengan 14 pengikutnya dan 4 orang anggota polis yang turut terkorban dalam peristiwa itu amat menyedihkan, masa itu kerajaan BN dituduh KAFIR kerana tolak Hudud dan bekerjasama dengan Kafir MCA, MIC.

Atas Fatwa Hj Hadi pengikut pengikut bawahan sanggup korbankan nyawa atas alasan Syahid.


"JIKA seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid".
Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.

Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Memali pada tahun 1985, adalah kesan yang dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.
Bayangkan jika Ibrahim Libya masih hidup dan melihat arah 'Islam' yang dibawa oleh PAS hari ini?
Bayangkan jika Ibrahim Libya masih hidup dan melihat ada pemimpin PAS yang sanggup mati untuk pertahankan Karpal Singh?

Monday, 15 August 2011

DAP nak jadi Bos PDRM.



Polis kena lapor kpd DAP!!
 15 hb August 2011

Dalam jam 12.30 tengahari tadi ADUN Komtar Ng Wei Aik bersama sama pengikut pengikutnya telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang. Tujuan kesana untuk menghantar surat kepada Ketua Polis Negara berhubung rasa tidak puas hati terhadap OCPD Daerah Timur Laut kerana OCPD itu tidak mengambil tindakan terhadap Pegawai Polis yang dikatakan mengambil rasuah untuk luluskan permit Persatuan 'Hantu Lapar' untuk prgoram mereka.

Nampak jelas DAP dah nak cuba nak jadi Bos PDRM, semua tindakan terhadap anggota & pegawai mesti dilaporkan kepada mereka padahal budaya rasuah dan duit kopi bermula daripada taukeh taukeh mereka sendiri.

Kita sokong tindakan menghukum penerima rasuah tapi yang memberi itu pun mesti dihukum juga.



Saturday, 13 August 2011

Fatwa2 PAS perlu dipahat sebagai BATU BERSURAT

.....untuk dinilai oleh generasi masa depan.


Pahatkan Fatwa2 PAS, Jangan suka2 tukar.
  1.BN kafir kerana memerintah negara secara berkongsi/berikat dengan parti-parti yang ahlinya bukan Islam. Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1964.  Mereka berhujah dengan ayat 28 surah Al-Imran. Tetapi tindakan mereka hari ini melibatkan diri dalam Barisan Alternatif yang ikut serta parti DAP telah menghalalkan fatwa mereka sebelum ini.

2.Membuat tuduhan bahawa kerajaan BN memisahkan agama dari politik  dan dengan itu menjadi kafir.Tuduhan ini bermula dalam kempen pilihanraya umum 1978 sebaik saja PAS keluar daripada BN, dan berterusan sehingga sekarang.

3.Menuduh BN ini kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah. Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1969 dan berterusan sihingga ke hari ini. Mereka berlandaskan kepada ayat-ayat al-Quran 44, 45 dan 47 surah al-Maidah yang membawa maksud : " Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka orang yang berkenaan sama ada kafir atau fasik atau zalim."

4.Menuduh BN memperjuangkan Assabiyah. Setiap perjuangan Assabiyah adalah kafir.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1982. Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang membawa maksud: " Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah."
Sebenarnya maksud assabiyah yang dikehendaki oleh hadis ialah menolong bangsa sendiri dan pada masa yang sama menzalimi kaum yang lain. Hal ini tidak berlaku dalam kerajaan BN.

5.Berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan. Fatwa ini dibuat oleh Hadi Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu. Dia berhujah dengan ayat al-Quran 251 dari surah Al-Baqarah. Fatwa ini dapat difahami dengan mudah sebagai menyeleweng dan jahat.

6.Mengeluarkan hukum dengan mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid. Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.

Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Memali pada tahun 1985, adalah kesan yang dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.

7. Sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam.
Fatwa ini bermula dari risalah kecil tulisan almarhum Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969. Sehingga hari ini fatwa ini berjalan sebara berterusan.
Kempen-kempen setiap kali menjelang pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Bahkan Nik Aziz sendiri dalam suatu siaran TV baru-baru ini telah menegaskan demikian.  Kesannya pengikut-pengikut PAS meyakini bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.
Fatwa ini secara sedara atau tidak sedar telah menguasai pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS.

8.Kerajaan BN bukan saja enggan melaksanakan hudud, tetapi memperlekeh dan menentang sekeras-kerasnya hukum Allah.
Fatwa ini mula dicipta dan disebarkan menjelang pilihanraya umum 1995 sedangkan PAS sendiri tahu bahawa kewajipan menjalankan hukum hudud itu bukan perkara suruhan yang segera seperti sembahyang, zakat, dan puasa. Juga bukan perkara yang diutamakan berbanding dengan hukum-hukum berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal ummah. Bila berkuasa mereka sendiri tak mau laksanakan hudud.

9.Membela Kroni. Menghalalkan carut-mencarut, mengharuskan maki hamun. Bahkan Allah sendiri mencarut.
Fatwa ini dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika dia membela kroninya, Shahnon Ahmad yang menulis buku Shit. Nik Aziz amat berani membuat fatwa seumpama itu sehingga sanggup mencemarkan kesucian dan kesempurnaan Allah.

10.Fatwa-fatwa sampingan
Kesan daripada fatwa-fatwa di atas lahirlah fatwa-fatwa sampingan yang bergerak secara berbisik-bisik dari rumah ke rumah. Bahkan seringkali juga dilakukan secara terbuka di kawasan luarbandar dan pendalaman:

a)Tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO.
b)Diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang UMNO.
c)Tidak boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz penyokong kerajaan BN
d)Tidak sah akad nikah dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama dibawah kerajaan BN.

Apakah sekarang PAS sedang mengumpul nas2, surah2, hadis2 yg boleh menghalalkan segala tindakan DAP.